Keselamatan dalam lompat jauh
- Sebelum melakukan latihan lompat jauh, langkah melakukan aktiviti memanaskan badan harus dijalankan sebagai langkah keselamatan supaya tidak tercedera semasa latihan.
- Regangkan otot-otot utama seperti di bahagian kaki, paha, badan dan tangan.
- Kawasan lari landas dan pendaratan mesti selamat diguna dan bebas daripada apa - apa gangguan sebelum melakukan aktiviti lompat jauh.
- Kawasan pendaratan berpasir mestilah digemburkan dan diratakan agar pendaratan dapat dilakukan dengan selamat.
- Papan lonjakan mesti diletakkan dengan baik dan betul.
- Memastikan cara pemakaian murid - murid yang sesuai dan selesa.