Lompat Jauh Tahun 4
  • Lompat Jauh
  • Pengenalan
  • Fasa - fasa lompat jauh
    • Lari landas
    • Lonjakan
    • Penerbangan>
      • Gaya Layar
      • Gaya Tendang Kayuh
      • Gaya Gantung
    • Mendarat
  • Undang - undang dan peraturan
    • Lompatan yang gagal
    • Aspek keselamatan
    • Kemudahan dan peralatan
  • Kesalahan - kesalahan yang biasa dilakukan
  • Video
  • Kuiz
  • Muat Turun
  • Rujukan
Picture

Teknik Lompat Jauh Gaya Gantung

Picture
Kelentikan badan dan kedudukan kepala yang mendongak ke atas semasa fasa layangan awal penting dalam teknik ini. Seterusnya, kaki dilunjurkan ke hadapan diikuti dengan badan dan kaki semasa mendarat. Gaya ini dikenali sebagai The Hang technique. 

Fasa lari kandas
  • Sama seperti lari landas gaya layar.

Fasa lonjakan
  • Lonjak dengan kuasa kaki maksimum
  • Lutut kaki diangkat ke hadapan seberapa tinggi yang mampu sementara tangan diangkat bertentangan tinggi ke hadapan.
Fasa layangan 
  • Kedua-dua tangan diayunkan ke belakang dan badan dilentikkan supaya kelihatan seperti tergantung.
  • Kaki diluruskan supaya lutut diangkat ke udara.
  • Kedua-dua lutut diangkat secara serentak dengan ayunan tangan ke hadapan untuk persediaan mendarat.

Fasa mendarat
  • Tangan diayunkan ke belakang dan kedua-dua kaki yang dirapatkan dibawa ke hadapan.
  • Mendarat dengan tumit dan gerakkan tangan ke hadapan dengan pantas serta badan dihamburkan ke hadapan.

Powered by
✕