Fasa Penerbangan
- Gaya badan dan pergerakan pelompat di fasa ini bergantung kepada gaya yang hendak digunakan.
- Tujuan utama ialah agar pelompat dapat berada di fasa ini lebih lama untuk melambatkan pendaratannya.
- Bagi tendang kayuh, pelompat seolah-olah melangkah di udara dan badannya tegak.
- Bagi gaya layar, pelompat melunjurkan kedua-dua belah kakinya ke hadapan dan badannya dicondongkan ke hadapan. Tangan pelompat dihulurkan hingga hujung kaki.
- Bagi gaya gantung, pelompat mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas seolah-olah bergantung di udara.
- Kedua-dua kakinya diangkat ke belakang.
- Bagi gaya selangkah, pelompat menhayunkan bahagian kakinya yang bebas ke hadapan selepas lonjakan.
- Tindakan seperti di dalam gaya tendang kayuh tidak dilakukan.
- Kaki yang digunakan untuk melonjak mengikut dari belakang.
- Ini bererti kaki pelompat berada di dalam keadaan terkangkang semasa membuat layangan.
- Sebelum mendarat, kaki lonjak pelompat akan dibawa ke hadapan supaya bersama dengan kaki bebas.