Teknik Lompat Jauh Gaya Layar
Teknik ini sesuai untuk pelompat jauh yang baru bermula dalam acara ini dan sesuai untuk murid - murid sekolah yang baru belajar. Hal ini kerana lompatan mudah boleh dilakukan melalui gaya ini. Gaya ini memerlukan seseorang mengimbangi badannya dalam keadaan melunjur semasa dalam fasa layangan atau penerbangan. Gaya layar juga dikenali sebagai stride jump style.
Fasa lari landas
- Lari pecut dengan kelajuan maksimum yang terkawal. Lari 21-23 langkah atau jarak 35-45 meter.
- Kawal ketetapan langkah bermula daripada langkah ke empat yang telah ditandakan.
- Panjangkan beberapa langkah terakhir supaya kedudukan badan menjadi rendah untuk mengatasi halangan graviti.
Fasa lonjakan
- Kaki lonjakan dilonjakkan dengan kekuatan maksimum.
- Lutut kaki hadapan diayunkan ke atas secepat mungkin bagi menambah kelajuan menegak.
Fasa layangan
- Lutut dirapatkan ke dada dan ayun kedua-dua tangan ke atas dan ke hadapan.